Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, February 15, 2011

~terkelu di pagi hari..

mak:eila balik x bulan ni?
eila:x la mak..ssh la balik weekend jek..tngu cuti bln 3 nnti..
mak:tu la,ssh tmpg org ni..kn cari driver la..sng skit..                                                                         eila:driver?driver ape mak..
mak:driver la..x pyh tumpang2..
eila:driver pn kn tumpang mak..driver ape mak x pyh tumpang?
mak:ala, cari SUAMI le..jadi driver..x pyh tumpang..xkn isteri pn kn tumpang..
eila:erk..(mcm mau ltk terus phone tu..)


ya ALLAH....memang terkelu seribu bahasa bile mak ckp cmtu...x sangka sebab mak jenis pendiam dan x kisah.....mak sebelum ni pn kias2 jak...skali terkena pagi tadi, merah padam muka ku.....memang xtau nk ckp apa....huhuhuhu.....

mak, maafkan anakmu ini..bukan niat nk mengecewakan...bukan niat nk melukakan....tp itu la hakikatnye....jodoh belum sampai...belum ada yg singgah di hati....belum ada yg sudi menemani...maafkan saya mak.....

mak, tipu klau cakap kami adik2 x ingin dicintai dan menyintai...tapi, siapa la kami.....km dipihak yg dipilih, bukan dipihak yg memilih....kami x penah memilih...memang tiada pilihan untuk dipilih, mana mungkin kami memilih......

mak, anggap saja jodoh belum sampai...anggap saja doa kte semua belum dimakhbulkan Allah....anggap sja masa belum tepat, belum sesuai....apa yg boleh kte smua lakukan, berdoalah semoga ia dipercepatkan...berdoalah smoga kami semua bertemu dgn jodoh yg tepat, yg diciptakan Allah buat kami semua.....

mak..kami semua sayang mak....ayah n adik2 yg lain..bukan biat kami untuk tdak mnggembirakan mak....mak jgn hiraukan kata2 org mak..biarlah mereka berkata2....ingtlah, semua ni da takdir mak....insyaAllah, suatu hari nanti, semua ni akan berakhir..berdoalah....semoga dimakhbulkan Allah.....insyaAllah, jika kte yakin, Allah akan tunjukkan jalan.....


~kte merancang tapi Allah yg menentukan......semoga perancangan kte seiring dgn ketentuan Allah...amin....@>;-----silawatieila...

~SALAM MAULIDURRASUL~



~assalamualaikum......

sebelum berkata2 dengan lebih panjang, mari la kte sama2 berselawat ke atas junjungn kite nabi MUHAMMAD s.a.w.....semoga beroleh syafaat di akhirat sna....insyaAllah.....




di pagi yang mulia ini, ingin saya kongsi sedikit tentang siapa PENGHULU kte sebagai umat ISLAM..insan teragung yg wajib kte jadikan contoh teladan..sama2 kte hayati.....

~MUHAMMAD YA RASULULLAH ~

Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib


Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun


Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:
  • Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
  • Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
  • Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
  • Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih. 
  • Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
  • Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.


Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: "Bacalah!" (Iqra'). Lalu Rasulullah menjawab; "Saya tidak pandai membaca." Lalu kata beliau: "Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: "Bacalah!" Tetapi aku jawab: "Aku tidak pandai membaca!" Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: "Bacalah!", yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan," sampai kepada ujung "Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu." Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.
Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: "Selimutilah aku, selimutilah aku." (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: "Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?" Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: "Aku ngeri atas diriku."   (dipetik dr
www.iluvislam.com)

~sesungguhnya,  kte selalu sibuk mau mengambil tahu pasal tentang org yg kte suke, penyanyi kesayangan kte, pemain bola sepak yg kte minat..siapa mereka, siapa yg hadir dlm hidup mereka, ape pencapaian mereka sejarah mereka, debut pertama mereka....
tp kte terlepas pandang akan insan yg wajib kte ikut, wajib kte pegang SUNNAHnya..wajib kte contoh segala teladannye....jadi, sama2 la kte membaca coretan ini...sebagai ingatan untuk kte semua...sebagai ilmu pengetahun kte semua.....sebab X KNAL MAKA X CINTA..... kte mencanangkan yg kita mencintai RASULULLAH sedangkan kte x penah mau amik tahu sirahnye....semoga perkongsian ini memberi manfaat......  
~sampaikan lah walau sepotong ayat..........@>;------silawatieila......

Saturday, February 12, 2011

~bloggim again.............

~assalamualaikum............
welcome to my blog frens..~setulus kasih tulip~.....lm da x update...last update sehari sebelum my birthday last year...teda idea...teda masa.....thats why le x update....hihihihi...tp kalu ada yg berminat mau follow...ok gak kalu disambung balik keje2 menulis ni.....hehehehehe.......

for my firts writing..just mau cite pasal belajar keyboard tadi....heaven...best gile...thanks to myra coz sudi mengajar kami...gud job, gud effort dear sis......my first song is "ODE TO JOY"...die nye key note, lupa sudah kalu mau taip...tapi kalu mau tekan2 di keyboard tu boleh la...hihihihi...n da 2nd one is "LONDON BRIDGE"...one of my dreams, mau pandai alat muzik....teringin sangat..n penah mau daftar kelas piano masa di KK sm kak seri.......rm80 sebulan tp teda masa....huhuhu..memang heaven gile la td dpt belajar.....mngu depan mau sambung lagi......teringin mau bawak lagu blue in rhapsody...muahahahahah.....berangan jak...lagu moon sonata pn nda lepas...lepas key right hand jak....masuk left hand, fail dowh...hihihihi...xpe....keep trying...hahahhhah.....

2nd cite nk kongsi......aku tgh gian mau tgk teater ni....huhuhuhuh....latest TERIMA KASIH CINTA...best ni tapi 19feb-6mac...available ka?erm, 26 feb....ok ka?ada tayangan petang,kul 3....best ni.....roger kaki teater pasni...cm best jak ni.....huhuhuh....and next show is LAT KAMPUNG BOY SEBUAH MUZIKAL.....erm, ada sepa2 mau teman sy? die nye show 17 mac-3april.....ni patut last december tapi tunda..ganti ngn teater siti di alam fantasi......kn arrange masa ni....n budget duit...hihihihihi......yesza....





erk, da 0430 am?erm, ni malas nk bloggim ni.....mesti sampai pagi2 duk melayan...mencoret sesuatu.....kalu da start berkata2(dlm bentuk tulisan), cm nda mau benti jek...hihihih...ok la.....mau design blog ni....update post esok la.....heheheh...esok mau cite sal apa ek?erm, ok, mau cite sal arsenal punya next match la....berharap agar menang lagi....hhehheh....ok la, bye...assalamualaikum....

~love to write, love to read but need to spend more time for it..smile..love..@>;----